Friday, August 28, 2009

Puasa oh puasa


hari ni genap la kita posa seminggu. Satttt saja. Lepas ni mulalah nak berqisah pasai kuih la, pasai tudung tingkap lah, kain baju anak lah, serba makneka dok ada dalam kepala nii! Bab kain baju, nasib baik taun ni makteh buat awai jadi tak berapa la nak berqisah sangat. Untuk anak makteh pun, makteh dah beli awai2 lagi... suami pun dah ok dah, tapi tak tau la pulak kot2 ada penambahan di saat - saat akhir! kalau lagu tu la jadinya, kecik tapak tangan..nyiru makteh tadahkan. Macam tudung tingkap, rasanya makteh tak tukaq kot, selain berjimat..rasa masih baru dan elok lagi... Suami makteh pun dok ingatkan makteh.."ha..jangan suka sangat membazir..ingat sama orang2 susah kat luar sana"
Tahun ni jugak rasanya, makteh tak mau beli dah kuih raya, makteh ingat nak buat sendiri. Makteh dah janji dengan anak dan suami makteh, makteh nak buat sendiri... sebabnya tahun ni makteh dah relax dari segala kesibukan yang lalu. Antara senarai biskut2 yang ada dalam kepala dan InsyaAllah makteh nak buattt..macam samperit, makmor, tart nenas, biskut nestum dan almond london... InsyaAllah! Bila teringat kuih raya ni, teringat la jugak makteh kenangan membuat kuih raya masa makteh kecik2 dulu dengan mak. Ingat lagi, macam mana makteh tolong mak buat kuih putu kacang. Seronokkk!!! Lepas berbuka, mesti mak bagi dua tiga kuih putu kacang , habuan rasa dan sebab tolong dia buat kuih siang tadi. Laa ni, makteh nak buat lagu tu pulak dekat anak makteh... biaq dia rasa macam mana keseronokan menyambut hari raya! Walaupun dia masih kecik lagi, tapi makteh rasa setakat nak buh ceri atas semperit, bukan masalah besaq untuk anak makteh tuuu.
Dua tiga hari lepas, makteh bawa jugak anak makteh pi semayang terawih... bukan apa saja nak bagi dia besa dengan masjid..bila besaq taklah jenuh sangat nak latih dia.
Bulan posa ni seronok tau...tenang ja rasa, tambah pula tempat makteh la ni musim hujan..lagi laaa... sejukkk! Kalau cuti...prasan dah tarik kain selimut nihh!

2 comments: