Friday, June 19, 2009

kantoiii



semalam konon nak berdiet...husb makteh belikan la sebungkuih laksa..wallak! sedap sungguh haihhhh! tapiii tengok cendol ngan aih kacang..adusss..seleraku makin menjadi - jadi...alahaiiii!

diet oh diet






orang pompuan ni, kalau ada sapa - sapa teguq badan gemuk mulalah nak berdiet..macam makteh lah jugak. Baru - baru ni timbang berat, kusss semangat!!! naik lah pulak.. ishhh tak leh jadi ni..kena diet ni!!! teringat makteh dulu, time anak dara, kalau diet senang sungguh turun... tapi sejak jadi mak dara ni...ughhh puwaih berdiet nak turun sekilo pun seksa sungguh! Walau apapun makteh rasa makteh kena mula balik diet, bukan pasai nak lawa saja...tapi maklumlah kalau badan gemuk banyak penyakit senang hinggap... tak ka seksa badan. 4 bulan lepas, makteh try jugak diet, nampaklah jugak turun sekilo dua. Try avoid makanan bergoreng n berlemak..tapi makanan yang ada lagu tu lah yang sedap nak makan. Dulu makteh ada cedok menu diet dari kawan2, rasanya mujarab lah jugak... makteh ingat nak mula baliklah dengan menu diet ni...so kawan - kawan yang ingat nak berdiet apa kata kita cuba menu diet lagu ni...selamat berdiet!

Breakfast - - sekeping roti Gardenia Breakthru / capati - sebijik telur / ayam panggang ayam panggang ni beli kat ayamas, ada macam-macam flavour, percik ke, black pepper ke... tapi kulit buang ha...
Lunch- 3 sudu nasi- sayur sebanyak yang boleh- ikan / ayam / daging / seafood tapi elakkan sotong


Tea-break kalau lapar makan sekeping roti Gardenia Breakthru dengan salad organic + thousand island atau - 3 ketul nugget ikan - brand Pacific West, beli kat Giant - sedap nih tapi harga dia mahal sket sebab 100% isi ikan, macam Fillet O Fish Mc Donald. nugget ni bakar dalam oven, jgn goreng pakai minyak...

Dinner- sekeping roti Gardenia Breakthru / capati - makan lauk je... ayam ke, ikan ke, daging ke.. pas tu ratah sayur bebanyak... kengkadang makan tomyam-

( haa tomyam ni eloklah untuk orang yg nak berdiet )

peringatan dinner hendaklah diambil 4 jam sebelum tido. Maknanya kalau kita tido pukul 12.00 ambiklah dinner sebelum pukul 8.00 malam

Untuk lunch pula, buatlah selang seli. Kalau hari ni makan nasik, besok makan lah pula mee tomyam ka, laksa ka atau pa2 saja yang bersup. Elakkan mee kari, mee goring, atau apa sahaja yang bergoreng.