Tuesday, June 23, 2009

kasih berubah

catatan puisi ini kurakamkan setelah mendengar keluhan seorang sahabat.... in'nallahamaas sobirin!

kucuba cari makna kata pada hati
kucuba cari cinta pada bebola mata
kucuba selak kelopak rindu bunga mawar
kucuba hidu sisa kasih haruman kasturi
kucuba cari penawar suci pada wajah sang arjuna
dulu – dulu
yang kupuja

namun
yang ada wajah singa
bebola mata merah
kuku tajam mencengkam
meratah segenap rongga tubuh
parah luka bersambut hiba
mati aku dalam terseksa.
ku cuba hidu wangian syurga
baunya tetap neraka

manusia iblis

manusia iblis Text Color
topengnya di mana – mana
meratah
melahap
menghisap

sempadan tiada

manusia iblis
makannya penText Coloripuan
minumnya kezaliman
kenyangnya adalah dusta
hidupnya adalah khianat

manusia iblis
musuhnya wangian syurga
temannya api neraka
matinya putih hati!

Pantun Lama



hari minggu baru - baru ni, makteh berkemas bilik setor belakang rumah. Mak oiii...banyaknya habuk, sampai beresin tak hingga - hingga... tu tanda dah lama tak buat operasi. Dalam dok berkemaih - kemaih tu...terjumpa lah makteh sebuah buku pantun lama terbitan DBP oleh Za'ba iaitu 'kalong bunga' buku 1. Makteh ingat lagi buku ni pemberian office mate makteh dulu - Encik Mat Hassan. Lepaih berkemaih, makteh pun ambiklah buku pantun tu sambil pekena radix susu di balkoni rumah. seronok baca pantun - pantun lama ni! penggunaan tatabahasa , perumpamaan yang digunakan , cara teguran yang disampaikan semuanya melambangkan kehalusan seni budaya orang Melayu yang cukup tinggi. sindiran disampaikan secara halus umpama menarik rambut dalam tepung. kita yang membaca pun rasa ralit kerana asyik dengan lenggok bahasa yang digunakan.

manis sunggoh tebu seberang,
dari akar sampai ka - puchok;
manis sunggoh mulut-nya orang,
kita di-jual di-dalam pujok.

daun salat, puchok remunia
di -buat sambal chara seberang;
sudah adat hidup di-dunia;
tertawa ramai menangis sa-orang.

selain tu ada jugak pantun kanak - kanak macam pantun teka teki . pantun teka ki ni mengingatkan makteh pada zaman persekolahan rendah dulu. masa tu, makteh dan kawan - kawan sering berteka - teki...ada yang boleh jawab..selalunya tak boleh jawab lah..! contoh pantun teka - teki yang ada dalam buku pantun lama tu...

ambik betek potongkan pisau
buah masak pokok-nya rendah;
kechil2 berbaju hijau
sudah besar berbaju merah

budak2 ramai di-pekan,
hari raya membakar petas;
kalau awak pandai kiasan,
apa-kah buah gugor ka -atas?


yang bestnya dalam buku tu ada juga dimuatkan nyanyian kanak - kanak. Makteh rasa budak - budak la ni pun ramai yang tak pernah dengaq lagu kanak - kanak dulu - dulu. ya lah zaman dah berubah.....macam lagu tom tom bak. dulu masa makteh kecik - kecik, lagu tu kira 'top' lah di kalangan bebudak masa tu. kalau berhimpun tiga empat orang, mesti makteh ajak kawan - kawan main tom-tom bak- nyanyi sambil tindih - tindih tangan...

tom - tom bak,
mak yong dedek;
pecah sa-biji
tinggal sa-sangkak.

peram, peram pisang
pisang masak layu
menyelam dalam dulang
di-sembar bapak yu.

umbut, umbut nyior,
belalang kudit - kudit;
siapa mulut hingar
orang itu kena chubit.

rangkai, rangkai periok
periok dari jawa;
datang mak 'su chabok
hembus api ta' menyala!

nenek , o nenek!
rumah nenek na' runtoh!
rek, rek! rak, rak! - ru-u-m-m

Ok sampai sini saja lain kali kita cerita pasai gurindam pulak!