Tuesday, June 16, 2009

Musim durian


la ni kat tempat makteh jenuh orang makan durian...pi mana pun ada orang juai durian..durian kat tempat makteh ni special sikit, orang lah kata. sebut durian 'lik lau' sapa tak teliuq... isi dia mak oiii... macam kucing tiqoq.... makan dua ulas pun puwaih haih! Tu tak buat pulut kukuih lagi..allahaiii menitik ayaq liuq haihhh! Baru - baru ni dalam dok baik demam pun, dua bijik makteh makan...ha! lega haihhh. jenuh tutup mulut...belahak ja...allllahhh tak buleh nak tipu orang...memang bau durian! Sebut durian ni, teringat makteh akan satu peristiwa yang berlaku dekat satu pekan sehari dekat rumah makteh. sedih tengok seorang pakcik niii.... makteh rakamkan peristiwa tu dalam sebuah sajak makteh niii....
sebiji durian
aku melihat seorang tua
punya urat timbul di lengan
mungkin petani
mungkin buruh di gudang
berjalan sepi
menjengah pekan sehari

seorang tua itu
lalu berhenti melihat buah durian
raut wajah penuh ingin
ghairah melihat ulasan menggebu
namun hatinya sayu
diseluk poket
hanya ada wang lima berwarna biru
dibilang
dihitung
kerut wajah makin menebal

dan diapun berlalu pergi
dengan wajah kelat
bersalut pilu
kecewa
kerana tiada mampu
membeli sebiji durian


kenduri oh kenduri






cuti sekolah bulan enam yang lepas, pakat - pakat habih anak dara . anak teruna naik pelamin. Macam makteh sendiri, jenuh jugak la pi makan kenduri. Tak pi pun orang dah panggei..tak baik rasanya menghampakan harapan orang! Orang panggei tu tandanya depa besaq hati lah tu. Walau satu hari sampai 3, 4 kenduri, makteh dan suami..InsyaAllah kami kayuh jugak pi! Walaupun kadangkala pi bukan nak makan sangat, saja besaq hati terima undangan orang. Tuan rumah pun nampak seronok kita mai. Bukan duit ringgit sangat yang orang kira, tapi nilai sebuah persahabatan...yang tu susah kita nak cari, tambah - tambah zaman la ni! Tapi makteh minta maaflah , ada jugak kenduri orang jauh panggei makteh tak pi. Bukan pasai jauh, tapi keadaan diri yang tak sihat...demam. Maklumlah la ni cuaca kemarau. Pasang kipas nombor lima pun belum tentu hilang haba dalam badan ni. Tapi sebagai orang Islam, syukurlah kepada Allah kerana kemarau - kemarau kita pun, jenuh makan, melimpah ruah...

petua orang lama


2jun lepas, makteh pi dengaq satu program yang cerita pasai petua untuk orang - orang pompuan, terutama jenih yang macam makteh ni lah... dah kahwin, dah ada anak. Bukan senang ropanya nak jadi orang pompuan ni, nak kena jaga tu lah nak kena jaga ni lah, pendek kata nak kena jaga habih semua... kena rajin makan jamu, tak boleh makan benda sejuk - sejuk macam buah labu ka, kangkung, petola , tak buleh minum ayaq aih...takut kembang urat. Tapi tak palah jaga pun bukan untuk orang lain, untuk suami jugak. Suami bahagia, kita dapat pahala. Bukan susah nak masuk syurga! Ni makteh nak share lah sama beberapa petua yang makteh dapat daripada bengkel yang makteh pi tu..

1. dalam berpantang, tak boleh makan benda - benda berkuah dan berminyak takut batu meriyan lari dan takut alat sulit 'kembang'. cakap pun tak boleh kuat2, sebab kalau cakap kuat benda kita pun ikut terbuka sama.

2. jangan makan pisang embun, sebab 1 biji pisang embun = sejuk 40 hari

3. jangan makan kobis panjang, sebab boleh menyebabkan keputihan

4. kangkong dan timun boleh makan 4x ja dalam sebulan, fungsi untuk buang toksik.

haa..tu lah saja antara petua yang makteh nak bagi. kalau ingat lain kali pula makteh habaq...