Tuesday, June 16, 2009

kenduri oh kenduri






cuti sekolah bulan enam yang lepas, pakat - pakat habih anak dara . anak teruna naik pelamin. Macam makteh sendiri, jenuh jugak la pi makan kenduri. Tak pi pun orang dah panggei..tak baik rasanya menghampakan harapan orang! Orang panggei tu tandanya depa besaq hati lah tu. Walau satu hari sampai 3, 4 kenduri, makteh dan suami..InsyaAllah kami kayuh jugak pi! Walaupun kadangkala pi bukan nak makan sangat, saja besaq hati terima undangan orang. Tuan rumah pun nampak seronok kita mai. Bukan duit ringgit sangat yang orang kira, tapi nilai sebuah persahabatan...yang tu susah kita nak cari, tambah - tambah zaman la ni! Tapi makteh minta maaflah , ada jugak kenduri orang jauh panggei makteh tak pi. Bukan pasai jauh, tapi keadaan diri yang tak sihat...demam. Maklumlah la ni cuaca kemarau. Pasang kipas nombor lima pun belum tentu hilang haba dalam badan ni. Tapi sebagai orang Islam, syukurlah kepada Allah kerana kemarau - kemarau kita pun, jenuh makan, melimpah ruah...

No comments:

Post a Comment